Berminat dengan Dropbox untuk pasukan anda?
Cuba Dropbox BusinessDropbox Pro adalah satu tempat untuk fail kerja dan peribadi anda. Dengan 1 TB (1,000 GB) ruang dan penyelarasan yang tiada tandingannya, foto, video, dokumen, dan fail-fail anda yang lain sedia diakses tidak kira tempat atau waktu anda memerlukannya.

Cipta pautan ke mana-mana fail — besar atau kecil — di dalam Dropbox anda. Hantarkannya kepada sesiapa sahaja, tidak kira mereka mempunyai Dropbox atau tidak.
Dropbox memudahkan anda bekerjasama. Apa-apa sahaja yang disimpan ke folder kongsian akan dikemas kini serta-merta pada peranti semua orang.
Anda turut mendapat selapis lagi kawalan tambahan. Tetapkan kata laluan dan tarikh luput untuk pautan kongsian dan uruskan keizinan untuk folder kongsian.
Walaupun jika sesuatu berlaku kepada komputer, telefon atau tablet anda, semua foto, video, dokumen dan fail-fail anda yang lain di dalam Dropbox anda selamat. Anda juga boleh menghapuskan folder Dropbox anda dari mana-mana peranti yang hilang atau dicuri.
Selaraskan foto, video, dokumen dan fail lain ke semua peranti dengan serta-merta.
Dapatkan 1 TB (1,000 GB) ruang untuk fail-fail anda. Simpan semuanya dengan selamat dan di satu tempat.
Fail anda selamat dengan penyulitan AES 256 bit ketika rehat dan SSL/TLS dalam transit.
Akses Dropbox anda sambil bergerak dengan apl untuk iOS dan Android.
Pulihkan versi terdahulu atau terhapus sebarang fail dalam tempoh 30 hari.
Tambah lapisan keselamatan tambahan untuk pautan kongsian anda. Hanya mereka yang mempunyai kata laluan boleh mengaksesnya.
Lindungi fail sensitif anda. Pilih tempoh ketersediaan pautan kongsian anda.
Lebih ramai orang boleh memuat turun pautan kongsian anda dengan 10x lebar jalur kongsian.
Hapuskan data daripada peranti yang hilang atau dicuri. Yakinlah salinan anda disandar di Dropbox.
Ada masalah? Dapatkan respon e-mel utama daripada pasukan sokongan Dropbox.
Teruskan memilih pelan dan harga.
Atau, cuba Dropbox Business percuma selama 30 hari